Tuesday, January 1, 2008

Program Santai, 28 Dec07


Program bersantai kali ini diadakan setelah mendapat permintaan ramai dari kalangan warga kito. Program perkelahan keluarga ini dirancang diadakan dari masa ke masa secara tak formal sebagai suatu aktiviti konsisten yg bertujuan mengeratkan hubungan antara keluarga warga. Program kali ke-2 ini diadakan di Taman Lagenda pada pagi Jumaat 28hb Dec07. Ternyata sambutan untuk program ringkas ni amat menggalakkan. Paling best ialah masa makan dimana makanan dibawa oleh setiap keluarga masing-masing dan dikumpulkan. Macam2 resepi boleh dirasa... boleh pilih nak makan apa...semua ada... anak-anak tak lepaska peluang mandi laut ramai-ramai.. kaum ibu bertukar cerita sesama mereka, kaum bapa saling bertukar-tukar fikiran dan lawak jenaka... sememangnya majlis ringkas ini sangat menarik, bak kata pepatah melayu, yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan... memang bertepatan....