Monday, December 31, 2007

Majlis Hari Raya Qurban , 20 Dis 2007



Satu majlis qurban telah berjaya diadakan di kediaman Tuan Hj Baharuddin di Taman Seri Aman Langkawi pada 20 Disember 2007 bersamaan 10 Zulhijjah 1428 Hijrah. Walaupun ramai dari kalangan warga Kelantan yang balik bercuti sempena cuti sekolah, Hari Raya Haji dan Krismas, majlis ini tetap berjaya dijalankan dengan meriah dan teratur. Peserta Qurban terdiri dari Abg Jak, Razali, Haji Daud SBD, Abg Zaidi, En Amaran Taliworks dan tuan rumah sendiri Tuan Haji Baharuddin. Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pd jam 3.30 petang. 3 jenis gulai disediakan iaitu sangge, kari dan goreng. Terima kasih kepada saudara Asmadi (Presiden) dan En Ismail selaku Ketua Biro Kebajikan dan ahli-ahli yang lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Kerja sembelihan disempurnakan oleh Abg Jak dan kerja-kerja melapah oleh semua yang hadir. Majlis ini sangat berjaya dan bakal diteruskan di masa hadapan.