Tuesday, January 1, 2008

Persembahan Dikir Barat di Pelancaran Tahun Melawat Kedah 2008, 31 Disember 2007


Bersempena majlis pelancaran Tahun Melawat Kedah 2008 yang dirasmikan oleh YB Menteri Besar Kedah, bertempat di Dataran Lang pada malam tahun baru, pihak penganjur iaitu Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi dan Radio Langkawi telah menjemput pasukan Alunan Biru untuk turut mempersembahkan kehalusan seni dikir barat sebagai salah satu persembahan utama. Pasukan kita telah menyahut jemputan dengan latihan intensif sebelum hari persembahan. Awok-awok dikir barat berlatih dengan penuh semangat. Sessi rakaman di Radio Langkawi turut diadakan. Hasil latihan mantap dan perancangan jitu kumpulan kita, persembahan Alunan Biru betul-betul menghiburkan semua penonton. Rata-rata penonton terkesima, terpaku dan tersentuh dengan keunikan lenggokan melodi, kemantapan vokal tok juara, kebernasan idea si tukang karut yang spontan, hayunan tari, kemantapan tepukan penuh semangat awok-awok, dan kesenian tersirat dikir barat yang dipersembahkan oleh kumpulan Alunan Biru kita. Pihak penganjur sangat berpuas hati dan menyatakan keterujaan mereka dengan persembahan pada malam tersebut. Syabas awok kito !!