Sunday, January 13, 2008

Memasak Bubur Asyura Kelantan sempena sambutan Maal Hijrah 1429H, di Masjid Al-Hana pada 10 Jan08





















Sebagai membuka lembaran baru tahun Maal Hijrah 1429, program memasak bubur Asyura versi Kelantan telah diadakan. Program ini sebenarnya telah menjadi acara tahunan Masjid Al-Hana, Kuah. Ternyata sambutan yang diterima dari awok-awok kito sangat menggalakkan.. perancangan awal hanyalah setakat 5 kawah tetapi terpaksa ditambah kepada 6 kawah kerana sambutan yang di luar dugaan. Kehadiran awok-awok kito pun sangat memuaskan menjadikan proses mengacau lebih lancar dan menarik. Ternyata hebahan awal dan meluas mendatangkan kebaikan kepada semua di mana ramai warga baru hadir dan menunjukkan komitmen yang sangat tinggi. Dari riak wajah yang hadir, ternyata masing-masing sangat berpuas hati. Kaum ibu dari awal sudah bertungkus-lumus menyediakan bahan dan rempah ratus. Kaum bapa saling bertukar tangan mengacau kawah.. sambil masing2 berkenalan dengan lebih rapat dan mesra menjadikan suasana program sangat meriah dan menyeronokkan. Selepas solat zohor berjemaah dan tahlil, kehadiran mengejut YB Datuk Hassan Bulat (ADUN Padang Mat Sirat) lebih memeriahkan majlis. Program ini berjalan lancar sehingga habis semua bubur asyura diagihkan secara sama rata hasil kerjasama yang sangat membanggakan dari kalangan semua warga.... Program diakhiri dengan majlis ringkas pembahagian asyura dan pemberian hadiah-hadiah misteri oleh Tuan Presiden.