Bersempena dengan cuti Hari Pekerja, BIAK telah mengambil kesempatan mengadakan Hari Keluarga BIAK. Program ini bertempat di perkarangan Water Front Dataran Lang. Seperti biasa program kali ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dari kalangan ahli BIAK. Ramai muka baru turut memeriahkan program tersebut. Kanak-kanak antara yang paling gembira kerana dapat bertanding dalam acara sukaneka yang dikendalikan oleh Biro Sukan dan semua orang dapat menang hadiah. Bermula dengan acara mewarna hinggalah ke acara sukaneka, kanak-kanak tidak melepaskan peluang mengambil bahagian. Para ibubapa turut menceriakan acara sukaneka termasuklah acara kukus kelapa menggunakan alat tradisional yang dipanggil ‘korang kayu’. Acara “Tiru Macam Saya” yang dikendalikan oleh Sarjan Kamarul begitu mencuit hati. Di samping itu, BIAK turut menggunakan ruang masa tersebut untuk mengiktiraf anak-anak ahli BIAK yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Ternyata anak-anak BIAK hebat-hebat belaka dan membanggakan semua pihak. Hujan gerimis disebelah petang tidak menganggu kerancakan acara termasuk acara teka biji kristal dan cabutan bertuah. Jualan produk BIAK seperti Baju T, Topi, CD aktiviti 2007 dan CD Dikir Alunan Biru turut mendapat sambutan hangat. Tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini |