Sunday, April 13, 2008

Menyambut Ketibaan Tengku Bendahara Kelantan di Langkawi , 21hb Mac '08




Pada 21hb Mac, pukul 12:30 tengahari, beberapa wakil dari persatuan telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi tujuan menyambut ketibaan Tengku Bendahara Kelantan, Tg Faiz yang datang bercuti ke Langkawi bersama kawan-kawan beliau. Walaupun maklumat tentang lawatan diterima agak lewat, namun wakil persatuan sempat mengumpulkan sejumlah warga bagi tujuan tersebut. Masing-masing kemas berpakaian batik pada hari tersebut, menyambut dan bberamah mesra dengan Tengku Faiz. Ternyata Tengku Faiz sangat teruja dengan sambutan yang tidak dirancangkan ini dan mengucapkan salam buat semua warga Kelantan yang berada di pulaua ini.