Wednesday, November 28, 2007

Majlis perpisahan dengan Presiden, 22 Nov07



Yang bermula ada akhirnya,,, suatu pertemuan sudah pasti ada perpisahannya.. begitu juga dengan Presiden kito, En Wahab yang terpaksa meninggalkan pakatan B.I.A.K. kita kerana ditukarkan ke Kuala Lumpur (naik pangkat la tuh)... Majlis perpisahan diadakan di lobi dewan serbaguna Akademi Koreksional.. Kehadiran awok-awok kito malam tu sungguh di luar dugaan para AJK. Hampir 120 orang hadir walaupun perancangan hanya 50 orang.
Di samping ucapan perpisahan dari Presiden dan isteri serta Kak Mah, majlis turut diselitkan dengan nyanyian karaoke dari warga kelate yang berbakat. SUdah pasti, Kumpulan Alunan Biru tidak ketinggalan menghiburkan majlis dengan nyanyian dikir barat dari Juara Abg Man dan tukang karut Pok Ya.. Cabutan bertuah pun ado... semuo dapat kat Nasir jah... untung Nasir !!